Okay, first of all aku bukan lah nak cakap apa. Sebenarnya, aku cuma mahu bertanya soalan ini...Aku rasa tidak salah untuk aku bertanya tentang perasaan ak;
Salahkah ( atau berdosakah?) kalau kita (atau aku) seorang muslim ingin menyambut Halloween?
Ya, aku tahu, kalau mengikut Islam, sambutan Halloween ini tidaklah di sambut oleh muslim. Dan ianya mungkin hanya di sambut di bumi Amerika ini kan? Tetapi, jika kita ikut pepatah melayu ada mengatakan "masuk kandang kambing kita mengembek, masuk kandang harimau kita mengaum", jika tidak salah aku lah.
Okey, aku faham yang Halloween ini di sambut oleh golongan Kristian, tetapi, alang-alang sudah aku berada di sini, apa salahnya jika kita ingin merasa apa yang dirasa oleh mereka. Ya lah, jika di Malaysia, aku hanya dapat menonton daripada jauh. Lagipun, di zaman moden ini mana ada lagi ritual-ritual atau amalan-amalan yang dilakukan oleh mereka(golongan yang menyambut Halloween) yang boleh menyebabkan kita terpesong? Kalau ada sekalipun, aku rasa, kita (aku juga) tidak akan terikut kan? Mungkin tidak kalian tetapi aku hanya mahu belajar budaya mereka.
Baiklah. Aku rasa banyak isu yang membangkitkan bahawa Halloween ini haram disambut oleh orang Islam. Kita hanya mahu belajar budaya orang luar. Jika kita lihat di Malaysia, orang luar sendiri turut merayakan perayaan-perayaan kita di Malaysia. Orang tempatan juga tidak kira bangsa, turut sama menyambut perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri serta Aidiladha, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Gawai, Hari Krismas serta banyak lagi. Kenapa tidak boleh sekiranya kita hanya mahu turut serta bersama mereka untuk menyambut Halloween serta hari-hari istimewa mereka? Bak kata orang tua aku, "Kita ini, kalau mahu berbuat sesuatu, berdasarkan niat.Kalau jahat niat itu, buruklah padahnya, kalau baik niat itu, maka baiklah juga kesannya."
Itu sajalah yang ak mahu sampaikan. Aku tidak sekali-kali mahu membantah hukum Islam, aku hanya mahu belajar. Lagi satu pepatah melayu (yang moden mungkin XD) berkata walaupun tak berapa kena dengan tujuan aku tetapi ia memberi maksud yang kuat, "kalau tak kenal, maka tak cinta".
No comments:
Post a Comment