Monday, October 25, 2010

Salahkah?

Assalamualaikum.

Okay, first of all aku bukan lah nak cakap apa. Sebenarnya, aku cuma mahu bertanya soalan ini...Aku rasa tidak salah untuk aku bertanya tentang perasaan ak;

Salahkah ( atau berdosakah?) kalau kita (atau aku) seorang muslim ingin menyambut Halloween?

Ya, aku tahu, kalau mengikut Islam, sambutan Halloween ini tidaklah di sambut oleh muslim. Dan ianya mungkin hanya di sambut di bumi Amerika ini kan? Tetapi, jika kita ikut pepatah melayu ada mengatakan "masuk kandang kambing kita mengembek, masuk kandang harimau kita mengaum", jika tidak salah aku lah.

Okey, aku faham yang Halloween ini di sambut oleh golongan Kristian, tetapi, alang-alang sudah aku berada di sini, apa salahnya jika kita ingin merasa apa yang dirasa oleh mereka. Ya lah, jika di Malaysia, aku hanya dapat menonton daripada jauh. Lagipun, di zaman moden ini mana ada lagi ritual-ritual atau amalan-amalan yang dilakukan oleh mereka(golongan yang menyambut Halloween) yang boleh menyebabkan kita terpesong? Kalau ada sekalipun, aku rasa, kita (aku juga) tidak akan terikut kan? Mungkin tidak kalian tetapi aku hanya mahu belajar budaya mereka.

Baiklah. Aku rasa banyak isu yang membangkitkan bahawa Halloween ini haram disambut oleh orang Islam. Kita hanya mahu belajar budaya orang luar. Jika kita lihat di Malaysia, orang luar sendiri turut merayakan perayaan-perayaan kita di Malaysia. Orang tempatan juga tidak kira bangsa, turut sama menyambut perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri serta Aidiladha, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Gawai, Hari Krismas serta banyak lagi. Kenapa tidak boleh sekiranya kita hanya mahu turut serta bersama mereka untuk menyambut Halloween serta hari-hari istimewa mereka? Bak kata orang tua aku, "Kita ini, kalau mahu berbuat sesuatu, berdasarkan niat.Kalau jahat niat itu, buruklah padahnya, kalau baik niat itu, maka baiklah juga kesannya."

Itu sajalah yang ak mahu sampaikan. Aku tidak sekali-kali mahu membantah hukum Islam, aku hanya mahu belajar. Lagi satu pepatah melayu (yang moden mungkin XD) berkata walaupun tak berapa kena dengan tujuan aku tetapi ia memberi maksud yang kuat, "kalau tak kenal, maka tak cinta".


Thursday, October 21, 2010

Tak Puas Hati

Salam semua,

Hari ini saya ingin meluahkan ketidakpuashatian saya terhadapa diri saya minggu ini

1. Saya terlupa langsung nak buat saya punye homework di webct...hw tu dpt kosong...uhuk3
2. Saya juga terlupa untuk study, jadi exam tadi, was hard for me
3. Saya rasa saya ni selalu sangat menghabiskan masa...bukan rasa, memg pon
4. Saya tak puas hati dengan gambar2 yang saya tangkap baru2 ini...Sebab itulah, gambar2 itu tidak disiarkan di mana-mana...klau kawan saya yang upload, itu lain ceritalah ya...
5. Saya rasa saya ni bengong, tu yang tak puas hati ni.
6. Saya tak suka bila orang mengongkong saya. Saya akan jadi depressed dan boleh berkelakuan di luar jangkaan...hahahaha...
7. Saya ni tidur banyak sgt...adeyh

cukup lah itu untuk hari ni...

Thursday, October 14, 2010

Uhuk....

Clock Tower a.k.a. Campanile

Bila sudah bosan, kami pergi ke sekolah menangkap gmbr.... Alang-alang musim luruh sudah bermula, jadi apa salah nya sekira nya kami menjadi "cam-whore" sekejap bukan? Jadi inilah hasilnya...Walaupun tidaklah seberapa lawa hasilnya tetapi saya masih berpuas hati, kerana ada sedikit kemajuan! Jadi kamu semua, bagilah komen yang membina ya?

On the ocean of leaves

Khaterina from Greece(ancient country)

Ntah la tak tahu nak cakap apa

Pokok lawa

Lompat Fall Uya

Lompat Fall Jason

Curtiss Hall(Department of Agriculture)

Maple leaves if I'm not mistaken

A shot that is neither succeeded or failed.

This is a failed shot

A little bit better I think though still so many flaws there.

Okay, I think that is the wrap. Going to take more pictures tomorrow!



Wednesday, October 13, 2010

Bunga


Saya pergi ke sebuah majlis keramaian, mereka telah jemput saya untuk makan bersama mereka....Jadi, saya datang dengan membwaa kamera saya....Tuan rumah memasak ayam panggang untuk kami, jadi, saya suka...Tidak lama selepas itu, saya nampak ada satu pasu bunga ni ada bunga warna merah. Saya tertarik, lalu, saya menangkap gambar bunga itu.

Selepas beberapa cubaan, akhirnya saya dapat yang saya mahukan...Alhamdulillah, terkumat-kamit saya memuji Allah SWT. Selepas sudah pulang ke rumah, saya perbaiki gambar saya yang saya sangat puas hati...Gambar itu ada di atas ini...Sekian terima kasih...Terimalah gambar ini tulus ikhlas daripada saya...Sayang kamu semua...

Tuesday, October 5, 2010

Pics











Dunno what to say, so im just gonna put pictures through out summer.......

Sunday, October 3, 2010

Active Blogger

From now on, I'm gonna be an active blogger..=)

Friday, October 1, 2010

abah

aku ade bace pasal ade sorg blogger ni debate dgn abah die...abah garang...tetibe ak teringat pasl abah aku.....ahaks...

nak ke ak cite pasal abah aku???

walaupon abah ak dah tua n so on, makin lembut, ak masih tidak berani dengannya...

dan dengan kata len,
ak tak berani nak cerita pasal abah ku, Encik Ahmad @ Muhammad bin Tobas, atau dengan kata len, bapakku digelar, Mat Tobas.....